Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang dahulunya dikenali sebagai Program
Jalur Lebar (PJL) atau Program Internet Rakyat (PIR) merupakan contoh antara
program-program yang dibiayai di bawah dana Program Pemberian Perkhidmatan
Sejagat (PPS) atau lebih dikenali sebagai ‘Universal Service Provision (USP)’. Program
Internet 1 Malaysia ini ditubuhkan adalah berasaskan objektif berikut:-
1. Memberi kemudahan capaian internet
kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat
tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial
masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan akiviti yang dijalankan di
PJK.
4. Merapatkan jurang digital di antara
masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Antara prinsip penubuhan PI1M dalam
melaksanakan aktiviti harian adalah bekerjasama dengan kerajaan negeri.
Manakala, setiap premis yang di bina mengguna pakai reka bentuk dan peralatan
yang seragam di semua pusat PI1M yang dipilih oleh SKMM. Hal ini untuk
memastikan P mempunyai imej tersendiri selain daripada memudahkan pergerakkan
dan melancarkan operasi harian PJK. Sebagai langkah kearah menjadikan PI1M
sebagai pusat yang membekalkan ilmu kepada para pengunjung, seorang pengurus
dan penolong pengurus dilantik di kalangan anak-anak komuniti tempatan. Seperti
dinyatakan tadi, mereka bukan sekadar mengurus pelaksanaan operasi PI1M malah
memberi tunjuk ajar dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan yang disediakan.
Selain itu, Semua PI1M beroperasi setiap hari pada jam 9.00 pagi— 6.00petang
(Semenanjung Malaysia) dan 8.00 pagi—5.00 petang (Sabah dan Sarawak) kecuali
cuti umum. PI1M mengguna pakai konsep keusahawan yang mana pusat tersebut
bertanggungjawab melahirkan usahawan tempatan dan memperkenalkan produk
tempatan melalui pembangunan laman sesawang untuk tujuan promosi dan pemasaran.
Justeru itu pengguna dan keahlian PJK
terbuka kepada semua
kumpulan komuniti tempatan.
Penubuhan pusat ini dijangka memberi
kebaikkan yang khusus iaitu akan mewujudkan kesan yang ketara kepada sumbangan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Berdasarkan kepada statistik pada
tahun 2008, industri komunikasi dan multimedia menyumbang 6.1 peratus dalam
penggal perolehan KDNK Negara. Disamping penggunaan jalur lebar akan
meningkatkan daya saing Negara dan menarik Pelaburan Langsung Asing atau
"Federal Direct Investment" (FDI) ke dalam negara. Malah, Jalur lebar
adalah salah satu pemboleh kearah ekonomi berasakan pengetahuan dan akan
mewujudkan 135,000 pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ICT. Selain
itu, pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar akan menghasilkan keluaran sampingan
di sektor lain seperti kejuruteraan, pembangunan kandungan tempatan dan
penyiaran.
Sepertimana kebaikkan-kebaikkan yang dinyatakan di atas secara amnya Program
USP ini telah membawa banyak kemudahan berkaitan alat dan cara berhubung kepada
rakyat Malaysia. Program ini merupakan usaha berterusan bagi memaju dan
memaksimakan penggunaan terhadap kelengkapan (komunikasi dan multimedia) di
kawasan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan komunikasi selain kumpulan
kurang akses kepada perkhidmatan tersebut. Komuniti-komuniti dalam kumpulan
yang dimaksudkan termasuklah orang kurang upaya (OKU), wanita di bawah
pemulihan, kawasan-kawasan kediaman berkos rendah dan kanak-kanak di bawah
perlindungan. Komuniti tersebut juga merupakan kumpulan yang baharu
dikenalpasti dalam kumpulan sasar bagi program ini. Prinsip teras program USP adalah
untuk merapatkan jurang digital antara kawasan yang mempunyai liputan dan
kawasan yang tiada atau kurang liputan perkhidmatan komunikasi.
Program ini tertakluk kepada peraturan
tadbiran Peraturan-peraturan PPS 2002 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(AKM1998). Justeru itu, Dana USP telah
ditubuhkan dibawah peruntukan Seksyen 204 AKM1998 bagi tujuan memberi
perkhidmatan aplikasi dengan penyediaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan
rangkaian di kawasan-kawasan yang kurang liputan dan kepada kumpulan-kumpulan
sasaran. Peraturan 27 daripada Peraturan-peraturan PPS 2002, menuntut agar
semua pemegang lesen dibawah AKM1998, kecuali pemegang lesen Pemberi
Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (‘Content Application Service Provider
(CASP)’), yang mempunyai jumlah hasil bersih ditentukan atau ‘weighted net
revenue’ melebihi RM2 juta untuk menyumbang 6% daripada pendapatan mereka daripada
perkhidmatan-perkhidmatan yang dinamakan kepada Dana USP. Perancangan yang
teliti telah dibuat bagi perlaksanaan projek-projek USP yang dijalankan dengan
penggunaan Dana USP yang dimulakan sejak tahun 2002. Perancangan-perancangan
tersebut mengambil kira permintaan pasaran dan industri, kemajuan teknologi dan
perancangan dasar-dasar nasional seperti Inisiatif Jalur lebar Negara atau
‘National Broadband Initiative (NBI)’. Pada
tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran jalur lebar dimana
untuk mencapai 50 peratus kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah
pada penghujung tahun 2010. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan 5 inisiatif pada 24 Mac 2010. Inisiatif-inisiatif tersebut
seperti berikut:-
- Pusat Internet Rakyat/Pusat Mini Komuniti Jalur
Lebar
- Inisiatif 1 Juta Netbook untuk dieadarkan kepada
pelajar dari keluarga miskin diseluruh negara
- Menubuhkan E-Kiosks
- Pusat Jalur Lebar Komuniti ke rumah
- Peluasan liputan selular
No comments:
Post a Comment